suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Lelaki diburu polis selepas wanita maut jatuh bangunan ketika sedang bermesra

Pasukan polis kini sedang memburu pasangan mangsa.

MALANG tidak berbau, begitulah yang dapat digambarkan mengenai nasib pasangan ini.

Menerusi kejadian di St Petersburg, Russia, seorang wanita maut akibat terjatuh dari bangunan sembilan tingkat.

Dia dipercayai terjatuh sewaktu sedang melakukan hubungan intim di tepi tingkap.

Pasangannya yang selamat bagaimanapun melarikan diri dari lokasi kejadian.

Menurut saksi, mereka melihat seorang lelaki dan wanita terjatuh dari bangunan.

Dipercayai, pasangan itu sedang minum dalam kediaman berkenaan bersama empat lagi lelaki.

Selain dua mangsa, saksi mendakwa sebuah televisyen turut jatuh ke atas tanah dari kediaman itu.

Mangsa wanita yang ditemui mati dipercayai berumur antara 25 hingga 30 tahun.

Polis percaya pasangannya yang melarikan diri hanya mengalami kecederaan kaki. - Daily Star.

hubungan intim, jatuh bangunan, maut

Artikel Lain