suria

Suspek jilat aiskrim berdepan hukuman penjara 20 tahun, denda RM41,454

Suspek masih diburu polis.

SEORANG wanita yang dirakam menjilat aiskrim sebelum meletakkannya semula ke dalam peti sejuk di sebuah pasar raya berdepan hukuman penjara selama 20 tahun.

Video perbuatan tidak senonoh itu yang tular di media sosial sehingga mendapat 11 juta tontonan dipercayai dirakam di pasar raya Walmart di Lufkin, Texas.

Insiden itu dipercayai berlaku kira-kira pukul 11 malam, 28 Jun lalu.

"Detektif kami sedang berusaha untuk mengesahkan identiti suspek wanita itu yang dipercayai individu dalam video yang tular itu.

Polis sedang berusaha mengesan lelaki berbaju hijau yang dilihat bersama dengan suspek.

"Sebaik sahaja identiti dia disahkan, detektif akan mendapatkan waran tangkap terhadapnya.

"Detektif juga sedang mengesan seorang lelaki (berbaju hijau) yang dilihat memasuki pasar raya itu bersama-sama dengan suspek," kata polis.

Blue Bell sudah menarik balik kesemua aiskrim 'Tin Roof' yang tular itu dari pasar raya tersebut.

Pengarah Keselamatan Awam Lufkin Gerald Williamson berkata:"Keutamaan kami adalah keselamatan pengguna. Kami lega apabila produk itu sudah ditarik balik."

Suspek yang didakwa dengan pertuduhan jenayah darjah kedua boleh dihukum penjara 20 tahun dan didenda 8,000 pound sterling (RM41,454).  -News.sky.com

Artikel Lain