suria

Doktor digantung tugas selepas kerja 24 jam berturut-turut demi ubah suai rumah

Dr Hyder mendakwa dia bekerja lebih masa kerana ingin mengumpul wang bagi mengubah suai rumahnya.

SEORANG doktor digantung tugas gara-gara bekerja selama 24 jam gara-gara inin mengumpul duit untuk mengubah suai rumahnya.

Dr Bevan Hyder,47, bertugas untuk giliran pertama (12 jam) dan kedua berturut-turut untuk lima kali dan mendakwa dia sangat cergas dan tidak penat.

Dia meninggalkan tugas giliran pertamanya lebih awal tanpa kebenaran untuk pergi ke hospital lain sebagai doktor sambilan.

Tindakannya itu dilihat sangat serius dan dibincangkan, malah pengurusan pengamal perubatan yang turut mempunyai kuasa untuk membuangnya.

Hyder didapati bersalah dan digantung selama empat bulan, dan dibenarkan untuk meneruskan tugasnya selepas itu.

"Walaupun tidak ada bukti tindakannya itu boleh memberi kesan kepada pesakit, namun kami tidak mahu menimbulkan sebarang risiko keselamatan kepada semua pesakit," jelas peguam di General Medical Council, Catherine Cundy.

Bapa kepada empat orang anak itu memberitahu, dia memerlukan wang untuk mengubah suai rumahnya di Eltham yang dijual tahun lalu dengan harga 735,000 paun.

Rumah itu kini dijadikan sebagai pusat penjagaan. -Dailymail.co.uk

Doktor, kerja, 24jam

Artikel Lain