Cerai isteri ada ijazah ketika sudah lanjut usia, bekas suami diarah bayar hampir RM1 juta - Dunia | mStar

Cerai isteri ada ijazah ketika sudah lanjut usia, bekas suami diarah bayar hampir RM1 juta

Hakim membuat pertimbangan berdasarkan beberapa faktor sebelum memutuskan jumlah pampasan yang perlu dibayar oleh bekas suami. -Gambar hiasan

MAHKAMAH mengarahkan seorang lelaki berusia 70 tahun membayar sebanyak 8 juta peso (RM718,815) kepada bekas isterinya sebagai pampasan selama 27 tahun melakukan kerja rumah.

Hakim mahkamah tempatan di Argentina, Victoria Famá membuat ketetapan itu setelah mempertimbangkan bahawa wanita warga emas itu telah melakukan tugasnya dengan baik selama perkahwinan mereka selama 30 tahun.

Wanita tersebut, yang hanya dikenal sebagai M.L. menjaga keharmonian rumahtangga, sementara suaminya pergi bekerja.

Walaupun memegang ijazah dalam bidang ekonomi, wanita itu mengetepikan kerjaya profesionalnya untuk membesarkan anak-anak dan memastikan rumah tangga berada dalam keadaan baik.

Ketika suami M.L. meninggalkannya, wanita itu sudah berusia 60 tahun, terlalu tua untuk dipertimbangkan di pasaran pekerjaan.

"Selepas 27 tahun berkahwin, tertuduh meninggalkan isterinya ketika dia berumur 60 tahun, peringkat usia di mana wanita memperoleh manfaat pencen, dikecualikan dari pasaran buruh," kata Hakim Famá.

Pasangan Argentina ini tidak hidup bersama pada 2009 dan bercerai dua tahun kemudian.

Sejak itu, wanita itu mengalami masalah kewangan kerana ketidakupayaannya mencari kerja dan mendapat manfaat persaraan yang sedikit, sementara suaminya dilaporkan 'hidup dengan baik'.

"Keputusan ini adalah sangat baharu kerana ia menunjukkan bahawa apa yang kita lakukan di rumah adalah satu pekerjaan, tugas penjagaan adalah pekerjaan kerana ia melibatkan masa, usaha dan kemahiran," kata Timbalan Pengarah eksekutif Pasukan Jantina dan Keadilan Amerika Latin Lucia Martelotte.

"Tetapi ini tidak dilihat dan wanita tidak mendapat gaji untuk itu."

Hakim Famá menggambarkan jumlah pampasan itu sebagai 'munasabah untuk mengimbangi situasi ekonomi yang berbeza pasangan ini'.

Beliau menambah, ijazah ekonomi dan umur wanita itu ketika suaminya memutuskan untuk meninggalkannya juga dipertimbangkan.

Peguam di Argentina telah menyifatkan keputusan itu 'sangat baharu dan jumlah yang diberikan kepada plaintif' belum pernah terjadi sebelumnya.

Data OECD menunjukkan bahawa wanita melakukan lebih banyak pekerjaan yang tidak dibayar di rumah berbanding lelaki di semua 10 negara yang paling maju di dunia. -Oddity

cerai , pampasan , ijazah

Artikel Sebelum

Artikel Lain