suria

Labah-labah jarang memakan mamalia, tapi siapa sangka ia berlaku di Tasmania

Possum kerdi menjadi mangsa labah-labah, sesuatu yang jarang berlaku mengejutkan ramai.

PERCUTIAN Justine Latton bersama suaminya ke Taman Negara Gunung Field di Tasmania, Australia berdepan sesuatu yang tidak disangka-sangka.

Ketika sedang bersantai, tiba-tiba mereka terpandang senario mengejutkan apabila seekor labah-labah sedang memakan possum kerdil umpama anak tikus.

Imej yang dirakam itu kemudiannya di muat naik di laman sosial Facebook dan dengan pantas ia tular.

Laporan The Sun menyebut, imej sama dimuat baik menerusi Facebook kumpulan yang dikenali sebagai Tasmanian Insects and Spider dan ia mengejutkan ramai pihak.

Gambar yang menunjukkan labah-labah gergasi sedang menggigit mamalia seberat kira-kira 45 gram itu dalam keadaan tergantung itu dikongsi lebih 7,000 kali.

Pelbagai komen netizen diterima, antaranya:

"OMG ia peluang sekali seumur hidup untuk merakam gambar seperti ini."

"Ini labah-labah terbesar yang pernah saya lihat."

"Spesimen alam semula jadi yang hebat."

Ketika ditemubual Fox News, Justine Latton berkata, ia labah-labah paling besar pernah mereka lihat dan saiz possum kerdil itu hanya sebesar kacang walnut.

Namun gambar itu menarik perhatian ramai kerana labah-labah jarang sekali memakan possum atau mamalia.

"Ini kali pertama melihat possum kerdil menjadi mangsa labah-labah," kata pengurus muzium Australia, Graham Milledge kepada The Guardian. - Indiatoday

labah-labah, possum, Tasmania

Artikel Lain

Duka dipecat Chelsea, Lampard luah rasa hati