suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Tahi telinga bersaiz luar biasa berjaya dikeluarkan

Tahi telinga itu hampir menutup lubang telinga pesakit tersebut.

TAHI telinga berukuran 2.5 sentimeter berjaya dikeluarkan dari telinga seorang pesakit yang mendakwa mengalami masalah pendengaran.

Insiden itu amat mengejutkan pakar audiologi Neel Raithatha yang mengeluarkan tahi telinga bersaiz luar biasa itu pada 22 Februari lalu.

Neel dari The Hear Clinic & Clearwax yang berpangkalan di Leicestershire turut merakam video semasa proses itu dilakukan.

Ia disifatkan sebagai antara proses yang menjijikkan.

Neel Raithatha.

Tahi telinga itu bagaimanapun berjaya ditarik menggunakan bantuan penyedut endoskopik.

"Saya dan tuan punya badan sama-sama terkejut dengan penemuan itu. Saya hanya kata wow manakala pesakit pula berkata "Oh Tuhanku", katanya.

Bagaimanapun gegendang telinga pesakitnya itu dilaporkan dalam keadaan baik. - Metro.co.uk

Artikel Lain