suria

Pengantin minta bayaran daripada pengapit, pengiring... beri 'penghormatan' untuk majlis kahwinnya

Pengantin memperoleh banyak wang dengan menjual barang-barang saya. Foto Getty Images/iStockphoto

SEORANG wanita mendedahkan seorang rakannya yang bakal berkahwin mengharapkan teman-teman rapatnya membayar lebih £2,000 (RM10,561) seorang untuk menjadi sebahagian daripada majlis perkahwinannya.

Menerusi perkongsian di forum Bridezilla di laman sosial Reddit, wanita berkenaan memberitahu bakal pengantin itu menuntut sejumlah bayaran daripada pengapit dan pengiringnya.

Bayaran itu bertujuan untuk menanggung kos yang dibuat bagi persiapan majlis perkahwinannya termasuk pakaian pengiring, dandanan rambut dan khidmat solekan setiap seorang.

Ditanya mengenai perbelanjaan itu, pengantin dikatakan memberikan alasan bahawa pengapit dan pengiring diberikan 'penghormatan' pada hari istimewanya.

Selepas membayar raturan pound untuk pakaian mereka, sebuah parti diadakan yang berlangsung selama seminggu dengan menyewa limosin.

"Dia (bakal pengantin) merancang untuk acara sepanjang minggu dengan menyewa sebuah rumah mewah di Napa Valley, lengkap dengan limosin sewa dan merasai minuman keras selama tiga hari," ujarnya.

Bagaimanapun, teman-teman rapat bakal pengantin menyifatkannya ia sebagai keterlaluan dan mengadu berapa banyak yang dibelanjakan mereka untuk majlis perkahwinannya. - Mirror UK

pengantin, pengapit, pengiring

Artikel Lain