suria

Disangka menang bidaan sebuah vila, rupa-rupanya halaman rumput yang sempit

Vila yang mempunyai halaman rumput di hadapannya. Foto Google

SEORANG lelaki dari Florida, Amerika Syarikat begitu teruja apabila memperoleh bidaan untuk sebuah vila secara dalam talian.

Kerville Holness, membida dalam sesi lelongan buat pertama kali tidak mempercayai memperoleh bidaan berjumlah AS$9,000 (RM37,584) untuk sebuah vila di kawasan kejiranan Spring Lake di Florida Selatan.

Bagaimanapun, impiannya musnah apabila tawaran itu bertukar menjadi gurauan di luar jangkaan.

Bidaan Kerville sebenarnya adalah halaman rumput yang berukuran 30 sentimeter (sm) dan 3 meter (m) bernilai AS$50 (RM209).

Halaman rumput tersebut merupakan 'pemisah' antara dua vila.

Walaupun laman web bidaan itu menyatakan bahawa tanah itu tidak mempunyai nilai binaan, tetapi pembeli mendakwa gambar yang digunakan untuk lelongan tersebut dianggap menipu.

Dia menegaskan bahawa gambar pada laman web lelongan itu jelas menunjukkan sebuah vila di atas sebidang tanah yang dibida.

Malah, pegawai tempatan juga tidak tahu mengapa halaman yang sempit itu tidak dijadikan sebahagian daripada hartanah berkenaan.

Buat masa ini, Kerville terpaksa menerima hakikat dia memperoleh tanah bernilai AS$50 dengan membayar sebanyak AS$9,000.

Bagai jatuh ditimpa tangga, undang-undang tempatan dilaporkan tidak membenarkan bayaran balik dilakukan. - odditycentral

lelongan, vila, tanah, bidaan

Artikel Lain