suria

Warga emas kritikal dilanggar motosikal polis pengiring konvoi diraja Putera William, Kate Middleton

Lokasi kemalangan di mana seorang wanita warga emas dikejarkan ke hospital. -fotoTheSun

SEORANG wanita warga emas berada dalam keadaan kritikal di hospital selepas terbabit dalam kemalangan jalan raya melibatkan polis pengiring Duke dan Duchess of Cambridge.

Putera William dan Kate Middleton dalam perjalanan dari London ke Windsor apabila wanita itu, yang berusia 83 tahun mengalami kecederaan pada Isnin.

Kemalangan itu, yang melibatkan sebuah motosikal polis yang sedang berkonvoi dan polis pengawas sedang disiasat.

Motosikal pengiring rombongan diraja tersadai di tepi jalan. -fotoTheSun

Istana Kensington berkata pasangan diraja itu 'amat prihatin dan sedih' dan telah berhubung dengan wanita berkenaan.

Wanita itu, yang dipanggil Irene, menurut istana, dibawa ke hospital dalam keadaan kritikal selepas perlanggaran di Upper Richmond Road di Richmond, barat daya London, pada 17 Jun.

Keadaannya serius, tetapi stabil di hospital.

Duke dan Duchess difahamkan telah menghantar bunga kepada wanita itu.

Jurucakap polis berkata siasatan akan dilakukan secara bebas dan ia masih di peringkat awal. -BBC

Artikel Lain