suria

Lelaki terkejut bangun pagi lihat ratusan kondom terapung di terusan tepi rumah

Perkongsian seorang lelaki di Facebook mengenai kondom yang ditemuinya mendapat perhatian pihak berkuasa. -foto FB

SEORANG lelaki di barat Bangkok melangkah keluar dari rumahnya yang terletak di sebelah terusan dan terkejut melihat ‘tinggalan’ seks memenuhi terusan tersebut.

Beratus-ratus keping kondom yang sudah digunakan dilihat terapung di terusan berhampiran Wat Chao Moon di daerah Yai, Bangkok, menurut gambar yang dipaparkan dalam talian.

“Saya baru keluar rumah dan keliru... Hei? Anda hanya membuangnya macam tu saja?,” tulis lelaki berkenaan, Mr Delicious Umami di Facebooknya sekitar jam 9 pagi Ahad.

Pekerja bandaraya telah berjaya mengeluarkan semua kondom itu menjelang tengah hari Isnin, menurut Jabatan Pengairan dan Pembetungan Sanseun Ruanganrit.


Pemandangan yang menyakitkan mata.

Wakil jabatan itu yang dihubungi melalui telefon berkata mereka tidak dapat menentukan dari mana datangnya kondom-kondom tersebut.

Walaupun pelbagai jenis kondom dapat dilihat di dalam gambar, terdapat bungkusan yang nampak jelas datang dari West In Hotel.

Susulan kejadian ini, sebuah hotel di Bangkok dilaporkan akan didenda kerana menyebabkan terusan bandar dipenuhi kondom terpakai dan peralatan tandas lain.

Selepas gambar-gambar kondom itu tular, hotel berkenaan difahamkan dikenakan denda 10,000 baht (RM1,340) kerana melanggar peraturan sanitasi.

“Kita tak pernah berdepan masalah ini sebelum ini, pihak hotel akan mengambil tanggungjawab dan dikenakan denda untuk mana-mana yang menunjukkan bukti jelas," kata pengarah pejabat daerah Yai Bangkok, Karuna kepada Channel One News.


Bungkusan kondom yang tertera nama hotel.

Walaupun hotel itu tidak dinamakan, lokasi yang dikenal pasti adalah sepadan dengan West In di Charan Sanitwong Road.

Panggilan yang dibuat ke West In tidak terjawab.

Menurut laporan media, seorang wakil hotel yang tidak dikenali menyalahkan pengumpul sampah swasta yang membuang sampah hotel pada malam tengah malam. -coconuts

kondom, terusan, hotel

Artikel Lain