suria

'Nonna Peppa' individu kedua tertua dunia sudah tiada

Nonna Peppa meninggal dunia pada usia 116 tahun.

INDIVIDU tertua di Eropah meninggal dunia pada usia 116 tahun.

Maria Giuseppa Robucci dari Apulia, Itali juga merupakan individu kedua tertua di dunia.

Maria atau lebih dikenali sebagai 'Nonna Peppa' meraikan ulang tahun kelahirannya pada 20 Mac lalu.

Dia juga muncul individu ketiga tertua dalam sejarah di Itali.

Nonna Peppa mengakui diberi kesihatan yang baik kerana percaya kepada Tuhan dan tidak minum alkohol.

Dia meninggal dunia selepas wanita tertua di Britain menghembuskan nafas terakhirnya minggu lalu.

Graces Jones yang dikenali sebagai 'Amazing Grace' di kalangan rakan-rakan meninggal dunia dalam tidur di kediamannya di Broadway, Worcestershire, pada usia 112 tahun. - Mirror.co.uk

Artikel Lain