suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Restoran tawar piza percuma kepada pelanggan simpan telefon semasa makan

Piza bersaiz besar. Foto Daria-Yakovleva/Pixabay

KETAGIHAN mengunakan telefon bimbit semakin parah apabila restoran menawarkan makanan percuma kepada pelanggan sekiranya mereka bersetuju untuk tidak menggunakan gajet itu semasa menikmati hidangan.

Sebuah restoran piza di Fresno, California di Amerika Syarikat menawarkan promosi 'Diskaun Bercakap Antara Satu Sama Lain' yang memerlukan persetujuan pelanggan untuk menyimpan dan mengunci telefon pintar mereka sepanjang berada di premis itu.

Diskaun tersebut hanya boleh didapati kepada pelanggan berkumpulan minimum empat orang, dengan kesemuanya perlu membawa telefon pintar yang berfungsi.

Jika mereka berkelayakan, hidangan piza bersaiz besar akan diberikan ganjaran untuk kunjungan seterusnya, atau boleh menyumbangkannya kepada gelandangan di Fresno. - odditycentral


gajet, telefon pintar, piza

Artikel Lain