suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Dua bank dirompak, penjenayah bersenjatakan avokado

Seorang penjenayah menggunakan buah avokado sebagai senjata untuk merompak bank. Foto Israel Police

SEORANG lelaki warga Israel didakwa atas pertuduhan melakukan rompakan selepas berjaya merompak hampir £6,600 (RM34,880) dari dua bank berasingan.

Tertuduh memasuki bank dan menyerahkan nota bertulis 'Serahkan wang di dalam laci' kepada juruwang.

Pada mulanya juruwang agak keberatan tetapi perompak memberitahunya agar cepat bertindak, dengan menunjukkan objek hitam yang didakwa merupakan bahan letupan.

"Letak wang dalam beg dengan segera atau saya akan lempar bom tangan," ugut tertuduh.

Buah avokado dicat warna hitam dikatakan sebagai bom tangan. Foto Getty/Daily Star

Bagaimanapun, berdasarkan siasatan polis, bom tangan milik penjenayah itu sebenarnya adalah buah avokado yang diwarnakan hitam.

Ia digunakan untuk sebagai bahan ugutan untuk menakutkan mangsa. - Daily Star

bom tangan, rompak, avokado

Artikel Lain