suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Restoran didakwa rantai pelanggan di kerusi elak kes 'makan dan cabut lari'

Seorang pelanggan dirantai pada kerusi bagi memastikannya membayar dahulu sebelum meninggalkan restoran. Foto La Patilla

GAMBAR seorang emigran dari Venuzuela yang mendakwa dirinya dirantai pada kerusi di sebuah restoran di Peru, mencetuskan kontroversi di media sosial.

Dia mendakwa dirinya dirantai pada kerusi bagi mengelakkanya daripada meninggalkan premis tanpa membuat bayaran.

Menurut seorang wartawan yang memuat naik gambar tersebut di Twitter, dia mendakwa seorang lelaki mengambil gambarnya sendiri selepas dirantai pada kerusinya.

Lelaki itu bagaimanapun meminta gambar wajahnya dikaburkan kerana bimbang keselamatannya di Peru.

Media La Patillah menyifatkan gambar tersebut sebagai bukti diskriminasi terhadap emigran Venezuela yang meninggalkan negara mereka dan berhijrah ke beberapa negara seperti Colombia, Brazil dan Peru.

Berhubung kes pelanggan dirantai, pemilik restoran mahu memastikan lelaki tersebut membayar sebelum beredar.

Rata-rata pembaca berpendapat bahawa tiada mana-mana individu berhak diberikan layanan sedemikian.

Menurut tulisan wartawan itu yang kemudian telah dipadamkan, lelaki berkenaan tidak mengetahui dirinya akan dirantai pada kerusi sehingga seseorang membawa rantai.

Dia hanya mengambil gambar-gambar sebagai bukti dan kemudian meninggalkan restoran tersebut.

"Dia hanya ambil gambar-gambar dan beredar, dia tak dapat makan pun. Dia bercadang untuk membuat aduan mengenai kejadian itu," tambahnya. - odditycentral

rantai

Artikel Lain