suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Nyaris dirempuh pemain, budak 2 tahun masuk padang semasa perlawanan berlangsung

Rakaman menunjukkan Alex menyelamatkan Pippa di padang. Foto Fox Sports video

SEORANG budak dua tahun nyaris dirempuh pemain apabila memasuki padang semasa perlawanan bola sepak sedang berlangsung.

Insiden itu boleh membawa kepada satu pertembungan dahsyat kerana sukan itu diketahui umum melibatkan pergerakan agresif.

Ketika kejadian, perlawanan ragbi berlangsung antara St Bernard's Football Club dan Old Melburnians di Australia, pada hujung minggu.

Kanak-kanak itu akan terdedah dengan rempuhan daripada pasukan yang sedang bermain di padang.

Bagaimanapun, dia berjaya diselamatkan selepas seorang pemain dari St Bernard, Alex McLeof mengesannya cuba memasuki beberapa meter ke dalam padang.

Persatuan Bola Sepak Amatur Victoria berkongsi video menunjukkan Alex cuba menyelamatkan budak tersebut yang bernama Pippa Biggs. 

Bercakap kepada Herald Sun, bapa kanak-kanak itu, David Biggs berkata, sebelum kejadian, Pippa sedang bermain dengan kanak-kanak lain berdekatan tetapi tidak menyangka anaknya itu kemudian masuk ke padang.

"Dia sangat aktif, dia juga sangat nakal," katanya.- Daily Star


Artikel Lain