Kedai piza diarah tutup gara-gara pekerja letak julap pada makanan - Dunia | mStar

Kedai piza diarah tutup gara-gara pekerja letak julap pada makanan

Gambar sekadar hiasan.

SEBUAH restoran piza di Texas, Amerika Syarikat terpaksa ditutup gara-gara seorang kakitangannya didapati meletakkan julap pada makanan.

Pada Jumaat malam, Jabatan Polis Springtown di Texas menerima panggilan mengenai kemungkinan keracunan makanan di sebuah restoran piza.

Menurut laporan Dallas Fox bersama KDFW TV, salah seorang kakitangan sebenarnya memuat naik gambar mereka meletakkan, Miralax, sejenis julap pada piza.

Pihak berkuasa berkata, tiga pekerja mengaku meletakkan julap pada sekurang-kurangnya satu piza yang dimakan oleh seorang kakitangan lain.

Kakitangan yang memakan borang itu jatuh sakit.

Pekerja yang membuat piza tersebut bagaimanapun menafikan meletakkan julap dalam mana-mana piza yang dibeli oleh orang awam. 

Pegawai jabatan kesihatan bandar itu menggantung permit sehingga memaksa restorang menghentikan operasi. - Huffpost



piza

Artikel Berkaitan

Artikel Lain