Bedah 6 jam untuk kelihatan seperti Meghan - Dunia | mStar

Bedah 6 jam untuk kelihatan seperti Meghan

Tanya melakukan pemnbedahan untuk kelihatan seperti Meghan.

MEGHAN Markle baru saja melahirkan anak, dan mungkin tidak lama lagi akan mempunyai 'kembar'.

Tanya Ricardo dari Houston, Amerika Syarikat terlalu mengagumi Duchess of Sussex itu sehingga sanggup melakukan pembedahan untuk kelihatan seperti Meghan.

"Dia anggun, seorang wanita yang begitu anggun," ujar Tanya kepada Insiden Edition.

"Saya mahu apa yang dia ada yang saya tak ada," tambahnya.

Tanya yang merupakan ibu berusia 30 tahun itu baru-baru ini menjalani pembedahan selama enam jam.

Pembedahan itu membabitkan liposuction di bawah dagu dan perut, pinggul dan bahagian bawah, punggung Brazil dan bahagian pipi.

"Dia (Meghan) mempunyai potongan yang cantik ini, Apa yang saya mahu adalah untuk mencapai perkara yang sama dengan cara ini," kata Tanya. - Huffpost

Meghan Markle

Artikel Berikut

Anak potong kepala ibu guna gergaji

Artikel Berkaitan

Artikel Lain