suria

Juruterbang rakam UFO dari kokpit pesawat "Saya tak pernah lihat sesuatu terbang terlalu laju seperti itu"

Seorang juruterbang merakamkan UFO semasa melakukan penerbangan. Foto FACEBOOK / DEMIROREN NEWS AGENCY

SEORANG juruterbang, Atilla Senturk menyaksikan objek aneh semasa melakukan penerbangandari Istanbul, Tukri ke Cologne, Jerman pada 10 Mei lalu.

Juruterbang pesawat Turkish Airlines itu merakamkan objek putih yang berulang kali terbang dalam bulatan dengan kelajuan yang luar biasa.

Rakaman tersebut dibuat dari kokpit pesawat.

Ia menunjukkan objek terbang yang tidak dikenali (UFO) sehingga memberikan pantulan cahaya di udara.

"Semasa penerbangan Jerman ke Cologne, kami melihat terdapat objek terang pada paras ketinggian yang tinggi.

"Ia bukan satelit atau bintang. Saya tidak pernah sesuatu terbang begitu laju seperti itu," kata juruterbang sambil menambah segera merakamkan objek berkenaan. - Daily Star


UFO, kokpit

Artikel Lain