suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Suami isteri meninggal dunia akibat makan daging tupai tidak dimasak

Pasangan suami isteri berkenaan meninggal selepas menjamah hidangan daging tupai yang tidak dimasak. FOTO: Sumio Harada/Minden Pictures/Corbis

PASANGAN suami isteri dari Mongolia ditemui mati akibat kegagalan organ selepas mereka makan daging tupai yang tidak dimasak.

Mangsa lelaki berusia 38 tahun manakala isterinya berusia 37 tahun.

Mereka meninggalkan empat anak berusia antara sembilan bulan hingga 14 tahun.

Menurut masyarakat di sana, makan daging yang tidak dimasak bagus untuk kesihatan namun haiwan juga boleh dijangkiti bakteria.

Kematian pasangan itu menyebabkan seluruh kawasan perkampungan mereka dikuarantin buat sementara waktu.

Keputusan kuarantin dibuat kerana pihak berkuasa bimbang mana-mana individu yang ditemui pasangan itu berisiko dijangkititi pneumonic plague, sejenis jangkitan yang mudah merebak. - Vice.

pneumonic plague, daging tupai

Artikel Lain