suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Lelaki ceroboh masjid di London, lepaskan tembakan ketika solat tarawih

Polis diarah berkawal ke High Road di Ilford, London susulan kejadian itu.

SEORANG lelaki menceroboh sebuah masjid di London sebelum melepaskan satu tembakan di bahagian luar masjid.

Menurut laporan, dia menyerbu ke dalam masjid. Selepas dibawa keluar, dia melepaskan satu tembakan.

Pemeriksaan forensik pada kelongsong bagaimanapun mendapati pistol yang digunakannya hanya mampu menembak peluru kosong sahaja.

Kejadian berlaku di Masjid Seven Kings di Ilford.

Menurut Polis Metropolitan, sejumlah pegawai mereka dikerah ke lokasi kejadian dan masih tiada tangkapan berjaya dibuat setakat ini.

Tiada kecederaan dilaporkan. - BBC News.

Artikel Lain