suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Bayi sulung Putera Harry disamakan dengan monyet, DJ radio mohon maaf selepas dikecam

Dj Danny Baker membuat permohonan maaf selepas dikecam ramai akibat penghinaan ke atas bayi sulung Putera Harry.

TINDAKAN seorang DJ radio yang menghina anak sulung Putera Harry dan Meghan Markle mencetuskan kemarahan ramai.

DJ Danny Baker membuat permohonan maaf selepas memuat naik tweet yang menyamakan bayi diraja itu dengan monyet.

Dia memuat naik foto seekor monyet bersama pasangan lelaki dan perempuan dengan kapsyen "Bayi diraja meninggalkan hospital."

Tweet itu dimuat naik beberapa jam selepas pasangan diraja itu memperkenalkan bayi mereka, Archie Harrison Mountbatten-Windsor.

Dia yang bertugas untuk program BBC Radio 5 Live kemudiannya menerima kecaman ramai dan dianggap bersifat perkauman. - Daily Star.

Artikel Lain