Kru kabin maut diangkat sebagai 'wira', tak berganjak dari pesawat terbakar demi selamatkan penumpang - Dunia | mStar

Kru kabin maut diangkat sebagai 'wira', tak berganjak dari pesawat terbakar demi selamatkan penumpang

Pesawat Sukhoi SSJ100 terbakar ketika melakukan pendaratan kecemasan, Ahad. -fotoAP

KRU kabin pesawat yang terbakar ketika mendarat di sebuah lapangan terbang di Moscow, Ahad diangkat sebagai wira dengan seorang dilaporkan mati dalam usahanya menyelamatkan penumpang.

Ketika rakan-rakannya membantu para penumpang turun di pintu depan, Maxim Moiseev, 22, cuba membuka pintu belakang ketika pesawat terbakar itu mendarat.

Dia yang berada di dalam pesawat Aeroflot mengarahkan penumpang bergerak ke arah gelongsor kecemasan, menurut agensi berita Tass Rusia.

Sekurang-kurangnya 40 orang mati dalam nahas di Lapangan Terbang Antarabangsa Sheremetyevo itu dan 33 yang lain selamat, kata pihak berkuasa.

ARTIKEL BERKAITAN: 41 maut pesawat meletup semasa mendarat kecemasan

Seorang sumber berkata kepada Tass: "(Maxim Moiseev) cuba buka pintu keluar di belakang untuk mempercepatkan usaha mengosongkan penumpang dari bahagian ekor yang terbakar.

"Dia tidak berjaya dan mula membantu penumpang meninggalkan pesawat."

Seramai 41 orang maut dalam nahas pesawat ini. -foto Getty

Pegawai penerbangan itu terus berada dalam pesawat sehingga semua orang dipindahkan dan akhirnya mati dalam kebakaran, kata sumber itu.

Seorang lagi kru, Tatyana Kasatkina, dikatakan telah menendang pintu depan dan menolak penumpang keluar.

Kebanyakan mereka yang meninggal dunia dipercayai lemas akibat asap, menurut sumber Tass.

Seramai 78 orang, termasuk lima anak kapal, dipercayai berada di atas pesawat.

Pesawat itu terkena petir sejurus selepas berlepas dengan sebahagian daripada peralatan pendaratan musnah ketika ia berpatah balik ke lapangan terbang, kata seorang sumber kepada agensi berita Interfax di Rusia.

"Nampak seperti kepingan alat pendaratan yang pecah terkena tangki bahan api di sebelah kiri dan ia sepenuhnya musnah. Bahan bakar 'dimuntahkan' dan kebakaran berlaku," kata sumber itu.

Setakat ini, Aeroflot hanya menyatakan pesawat itu terpaksa berpatah balik kerana 'sebab teknikal'.

Keadaan pesawat selepas api dipadam. -foto Reuters

Menteri Pengangkutan Rusia, Yevgeny Dietrich, berkata 41 mayat telah ditemui dan enam orang yang terselamat berada dalam keadaan serius.

Bercakap pada Isnin, beliau juga berkata Sukhoi Superjet 100 yang terlibat dalam bencana itu tidak akan dibenarkan terbang.

Video pendaratan kecemasan pesawat menunjukkan bahagian hujung ekor yang terbakar.

Apabila ia berhenti, gelongsor kecemasan digunakan dan penumpang melompat keluar ke landasan.

Pesawat itu, yang menuju ke bandar utara Murmansk dilaporkan mempunyai tangki bahan api penuh ketika mendarat hanya 20 minit selepas berlepas.

Agensi berita Rusia berkata penyiasat melihat tiga sebab utama iaitu juruterbang tidak terlatih, kegagalan peralatan dan cuaca buruk.

Kedua-dua perakam penerbangan telah ditemui.

SSJ-100 yang sebahagian besarnya digunakan di Rusia sebagai pengganti pesawat zaman Soviet yang sudah ketinggalan zaman, turut digunakan oleh syarikat penerbangan di negara lain, termasuk Armenia dan Mexico.

Ia telah terlibat dalam kemalangan maut sekali sebelum ini, pada tahun 2012 membunuh semua 45 orang di atas kapal. -SkyNews

Aeroflot , nahas , pesawat , terbakar

Artikel Berkaitan

Klik

default image

Tiga tahun penuh derita, pernah diburu ah long... Dr Azizan kongsi cerita pahit sebelum tubuhkan RichWorks – “Kalau berjaya sahaja tapi tak bantu orang untuk berjaya, saya tak puas”

PAKAR Pemasaran No. 1 Asia dan Mentor Keusahawanan, Dr Azizan Osman berkongsi kisah suka dukanya sebelum berada di tahapnya sekarang, sewaktu program NUH2020.

default image

Bandar unik, gaya hidup masa kini... Inilah keistimewaan Putrajaya

PUTRAJAYA bakal menjadi bandar seimbang yang bukan sahaja menumpukan aspek pentadbiran kerajaan, bahkan sektor swasta.

Artikel Lain