suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Demi selfie, gadis 'kaki parti' cedera jatuh dari bangunan lima tingkat

Reilly Hamilton naik ke kawasan paling atas bangunan kediamannya pada hari kejadian. Gambar Hiasan: Freepik

DEMI sekeping swafoto, seorang wanita mengalami kecederaan setelah terjatuh dari bangunan setinggi lima tingkat.

Reilly Hamilton, 22, berada di atas bumbung bangunan berkenaan menerusi kejadian pada Sabtu lalu di Manhattan.

"Dia sedang ambil gambar dan terjatuh di kawasan sampah.

"Dia menjerit dan cakap dia sakit, nasib baik dia selamat," ujar salah seorang jirannya yang enggan dikenali.

Sejurus kejadian, dia dibawa ke Hospital Bellevue oleh pasukan paramedik.

Berada dalam keadaan stabil, dia mengalami retak tulang pinggul, lengan dan buku lali.

Sewaktu kejadian, dia bersama dua rakan serumahnya naik ke bahagian paling atas bangunan berkenaan.

"Mereka bising kat atas, kami minta mereka perlahankan sikit.

"Mereka anjurkan parti di atas atap bangunan ini," ujar jirannya lagi. - The Sun.

Artikel Lain