suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Putera Harry, Meghan Markle selamat timang anak lelaki

Meghan berjalan bersama suaminya, Putera Harry.

ISTERI kepada Putera Harry, Meghan Markle selamat melahirkan bayi lelaki pada Isnin.

Perkara itu diumumkan menerusi laman Instagram @sussexroyal.

"Kami gembira untuk mengumumkan pasangan Harry dan Meghan menimang cahaya mata lelaki sulung pada pagi Isnin 6 Mei 2019.

"Meghan dan bayi dalam keadaan sihat. Kami berterima kasih kepada semua yang teruja dengan kelahiran ini," ujar pengendali akaun itu.

Pengumuman berkenaan menerima hampir 100,000 tanda suka dalam tempoh kurang lima minit ia dimuat naik.

Meghan dibawa ke hospital pada pagi Isnin selepas melepasi seminggu tarikh jangkaan untuk dia melahirkan anak.

Pasangan itu mengumumkan kandungan berkenaan pada 15 Oktober tahun lalu.

Meghan sepatutnya bersalin pada 28 April lalu. The Sun.

Artikel Lain