suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Budak 12 tahun bunuh diri setelah tonton Netflix, ibu mohon haramkan siri '13 Reasons Why'

Jessica Scatterson membunuh diri pada April 2017 setelah menonton siri 13 Reasons Why di Netflix. FOTO: CBC.ca

SEORANG ibu memohon agar siri 13 Reasons Why yang ditayangkan dalam Netflix diharamkan segera.

Ia susulan tindakan anak perempuannya yang berusia 12 tahun menggantung diri setelah menonton rancangan itu.

Menurut Rachel Warburton, anaknya Jessica Scatterson membunuh diri pada April 2017 setelah menonton siri itu.

"Jessica tengok siri itu bersama rakannya dan menyenaraikan enam sebab kenapa dia perlu mati.

"Ia patut diharamkan siaran, siri itu memberi idea kepada kanak-kanak untuk mencederakan diri.

"Niat siri itu mungkin mahu meningkatkan kesedaran mengenai bunuh diri, tetapi ia juga seolah-olah menjadi penggalak," ujar wanita berusia 33 tahun itu.

Jessica ditemui tergantung di kediaman keluarganya di Bewsey, Warrington, England. - The Sun.

Artikel Lain