Trump tersilap tweet angka korban serangan di Sri Lanka “Sekurang-kurangnya 138 juta terbunuh” - Dunia | mStar

Trump tersilap tweet angka korban serangan di Sri Lanka “Sekurang-kurangnya 138 juta terbunuh”

Donald Trump. Foto AFP

DONALD Trump membuat kesilapan besar menerusi kenyataannya di akaun Twitter miliknya mengenai angka kematian dalam siri letupan di Sri Lanka.

Presiden Amerika Syarikat (AS) itu 'menaikkan' angka kematian berjuta kali ganda daripada bilangan sebenar.

Berdasarkan laporan pada tengah hari Ahad, 189 orang terbunuh dalam insiden serangan bom di gereja dan hotel pada Hari Easter, Ahad.

ARTIKEL BERKAITAN: Terlambat untuk turun sarapan, keluarga terselamat serangan bom di Sri Lanka


Kenyataan Trump di Twitter miliknya mengenai angka kematian dalam insiden serangan bom di Sri Lanka.

Bagaimanapun, Trump mendakwa angka kematian sekurang-kurangnya 138 juta orang di Sri Lanka, iaitu lebih enam kali ganda daripada populasi di negara itu.

"Ucapan takziah daripada rakyat Amerika Syarikat kepada rakyat Sri Lanka di atas serangan pengganas yang dahsyat di gereja dan hotel yang mengorbankan sekurang-kurangnya 138 juta orang dan lebih 600 orang cedera parah. Kami sedia membantu," tulis Trump di Twitter.

Lebih setengah jam selepas tulisannya yang pertama, presiden AF itu kemudian memperbetulkannya.

"138 orang terbunuh di Sri Lanka, dengan lebih 600 cedera parah dalam serangan gereja dan hotel. Amerika Syarikat mengucapkan takziah kepada rakyat Sri Lanka. Kami sedia membantu," ujar Trump. - Mirror UK

Donald Trump , AS , twitter , letupan , bom

Artikel Sebelum

Artikel Berkaitan

Artikel Lain

Tun M pandu Proton Saga baharu