suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Pelawak menang pilihan raya presiden Ukraine

Volodymyr Zelensky. Foto Reuters

SEORANG pelawak tanpa sebarang pengalaman politik memperoleh kemenangan besar dalam pilihan raya presiden Ukraine.

Volodymyr Zelensky yang memegang watak sebagai seorang presiden yang jujur dalam siri televisyen popular di Ukraine, mencabar presiden sebelum ini, Petro Poroshenko.

Beliau mendominasi lebih 70 peratus undian pada Ahad.

Kebangkitan Zelensky secara tiba-tiba ketika seluruh dunia menukarkan status quo dan meletakkan individu yang tiada pengalaman dalam politik seperti Donald Trump mengambil alih kuasa pentadbiran.

Donald Trump yang merupakan hartawan kini dipilih sebagai Presiden Amerika Syarikat (AS).

Kemenangan Zelensky sekali gus menunjukkan kekecewaan pengundi terhadap politik di negara itu. 

Kebanyakan kempen pilihan raya presiden dibuat menerusi akaun Instagram, di mana beliau mempunyai lebih 3.7 juta pengikut. - Mirror UK

Volodymyr Zelensky, pelawak, Ukraine

Artikel Lain