suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Ashley, Liverpool antara kata laluan paling popular selain 123456789

Kata laluan 'Ashley' dan "liverpool' paling banyak digunakan.

KATA laluan yang sesuai dan kuat boleh menghindari perkara yang tidak diingini berlaku di atas talian.

Tidak semua yang tahu bahawa fungsi kata laluan amat penting dan jangan sesekali menggunakan perkataan yang senang digodam.

Pusat Keselamatan Siber Kebangsaan (NCSC) mendapati ramai pengguna British tidak tahu bagaimana untuk melindungi diri sendiri daripada jenayah siber.

Hanya 15 peratus yang tahu dan peka mengenai perlindungan daripada aktiviti yang kurang baik di atas talian.

Manakala segelintir pula yakin bahawa telah menggunakan kata laluan yang kuat dan yang berlainan dengan akaun email masing-masing.

Keputusan persidangan CyberUK 2019 di Glasgow akan diguna dan dimaklumkan berkaitan dengan polisi kerajaan serta menawarkan bimbingan kepada perniagaan dan orang awam.

Kajian juga mendapati kata laluan yang berasaskan nombor masih digunakan seperti '123456' dan paling tinggi '123456789'.

Selain itu, antara nama yang paling menjadi pilihan untuk kata laluan adalah Ashley, Michael, Danial, Jessica dan Charlie.

Manakala pasukan Liga Perdana Inggeris Liverpool antara yang tertinggi serta Blink 182 digunakan untuk kata laluan.

Penyelidik Keselamatan Troy Hunt berkata, pengguna internet perlu lebih kreatif dalam mencipta kata laluan yang selamat. - metro.co.uk

kata laluan, online

Artikel Lain