suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Wanita berpaut di tingkap apartmen sewaktu kebakaran, 2 anak saudara maut

Wanita itu berjaya diselamatkan oleh anggota bomba dan dibawa masuk ke tingat bawah apartmen berkenaan.

IBARAT telur di hujung tanduk.

Begitulah gambaran nasib seorang wanita yang terpaksa berpaut di jendela kediamannya yang terletak di tingkat tiga sewaktu satu kejadian kebakaran baru-baru ini.

Dia yang nyaris maut dalam kejadian itu bagaimanapun sempat diselamatkan oleh pasukan bomba dan dibawa masuk semula ke tingkat dua apartmen tersebut dengan menggunakan tali.

Ia berlaku di Barcelona yang mana rakaman sewaktu kejadian turut dimuat naik ke laman Twitter.

Menerusi kejadian itu, wanita berkenaan kehilangan beberapa ahli keluarga termasuk seorang kakak dan dua anak saudaranya yang berusia tiga tahun dan enam bulan.

Wanita itu dibawa ke Hospital de Llobregat dan dia hanya mengalami kecederaan ringan.

Pada waktu kejadian, kepulan asap hitam yang tebal dapat dilihat dari tingkap kediaman berkenaan. - India Today.

kebakaran, bomba, Barcelona

Artikel Lain