suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Mesra kamera, selfie gorila jadi bualan hangat di media sosial

Swafoto yang menjadi sensasi dan tular di media sosial.

HUBUNGAN antara manusia dan haiwan bukanlah satu perkara yang asing.

Malah, ramai yang melayan haiwan belaan mereka persis ahli keluarga sendiri.

Terbaharu, swafoto comel beberapa ekor gorila dengan pegawai anti pemburuan haram menjadi tular di Internet.

Foto yang menjadi sensasi di peringkat global itu disifatkan ramai sebagai sesuatu yang comel dan menghiburkan.

Kelihatan cukup mesra kamera, foto itu dirakam di Taman Negara Virunga, Congo.

Foto yang memaparkan gorila berkenaan berdiri sambil melakukan pose seperti manusia turut menarik perhatian ramai.

Biarpun disifatkan sebagai haiwan yang berbahaya, sisi kelakar dan mesra yang dipamerkan dalam gorila itu pantas menjadi perbualan di laman sosial. - Mirror.

Artikel Lain