suria

Warga emas parah ditembak anak panah sewaktu baiki piring satelit atas atap rumah

Lelaki itu sedang membaiki piring satelit sewaktu dia ditembak dengan busur anak panah. Gambar Hiasan (stroysystems.ru)

SEORANG lelaki berusia 74 tahun bertarung nyawa di hospital apabila dia cedera terkena busur anak panah.

Menerusi kejadian di Holyhead, Wales, England, mangsa sedang membaiki piring satelit di atas bumbung rumah sewaktu busur anak panah ditembak ke arahnya.

Dia bagaimanapun berjaya turun dan masuk ke dalam rumah sebelum menghubungi ambulans.

Dia kini sedang menerima rawatan di Hospital Ysbyty Gwynedd di Bangor.

Pihak polis kini sedang menjalankan siasatan untuk mencari si pelaku.

Malah, pihak berkuasa juga sedang meneliti rakaman CCTV berhampiran lokasi kejadian. - Mirror.

piring satelit, cedera, anak panah

Artikel Lain