suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Jimat masa untuk ke pejabat, lelaki berenang sejauh 2km sejak 11 tahun lalu

Dia berenang merentasi sungai sejauh 2 kilometer untuk ke pejabat setiap hari.

DI mana ada kemahuan, di situ ada jalan.

Begitulah kisah kegigihan seorang lelaki yang sanggup berenang selama 11 tahun untuk ke tempat kerjanya setiap hari.

Pengerusi Kesatuan Buruh di China itu berkata, dia menyeberangi Sungai Yangtze untuk menjimatkan masa ke pejabat tempat dia bekerja.

Dengan dua pelampung berwarna jingga yang dilekatkan pada badan, Zhu Biwu, 53, berenang sejauh dua kilometer (km) merentasi sungai itu.

Selain menjimatkan masa perjalanan, usaha itu dilakukan untuk menjaga kesihatannya.

Dengan cara itu, dia dapat menjimatkan masa selama 30 minit.

Kini, dia turut dikenali sebagai ikon kesihatan dalam kalangan perenang lain. - India Times.

Zhu Biwu, renang, kesihatan

Artikel Lain