suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Monyet muncul di rumah si mati, pujuk tetamu yang sedang menangis

Monyet (dalam bulatan merah) cuba memujuk seorang wanita yang bersedih di sebuah majlis penghormatan terakhir kematian seorang lelaki.

UPACARA memberi penghormatan terakhir kematian seorang lelaki di Garnund, Karnataka, India dihadiri ramai tetamu.

Selain tetamu biasa, tidak disangka-sangka seekor monyet turut kelihatan di majlis itu.

Lebih mengejutkan, monyet itu bertindak memujuk dan meredakan kesedihan seorang tetamu wanita yang sedang menangis.

Menerusi video berkenaan, monyet itu menghampiri seorang wanita sebelum meletakkan tangannya di atas bahu, seolah-olah cuba memujuk.

Video berkenaan yang dimuat naik ke laman sosial pantas menjadi tular dan menarik perhatian ramai.

Menurut laporan, monyet itu juga pernah dilihat di beberapa majlis kematian di kawasan sekitar sebelum ini. - India Today.

monyet, kematian

Artikel Lain