suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Tak sengaja bebaskan banduan sebelum tiba waktunya, polis giat lakukan pencarian

Pembebasan itu disifatkan sebagai satu kesilapan yang jarang berlaku. Gambar Hiasan (Insider).

KESILAPAN yang membawa padah.

Begitulah yang boleh digambarkan apabila seorang banduan dibebaskan secara tidak sengaja baru-baru ini.

Kejadian itu berlaku di penjara HMP Hewell, Reddich, Worcestershire, England.

Susulan kesilapan itu, pihak polis melancarkan pemburuan bagi menangkap semula banduan berkenaan.

Dikenali sebagai William Walter, kesilapan membebaskan banduan berusia 47 tahun itu disifatkan sebagai satu kesilapan yang jarang berlaku.

Pihak penjara bagaimanapun enggan mendedahkan jenis jenayah yang dilakukan Walter sehingga dia dimasukkan ke penjara itu sebelum ini.

"Kesilapan pembebasan jarang berlaku tetapi kami mengambil serius hal ini," ujar seorang jurucakap penjara.

Banduan itu yang sedang diburu dipercayai berada di Evesham, Hereford, Ledbury atau Tewkesbury. - Daily Star.

penjara, William Walter, banduan

Artikel Lain