suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Pengunjung jadi saksi penjaga zoo wanita parah diserang harimau jantan

Kejadian itu berlaku di Zoo Topeka, Kansas, Amerika Syarikat. FOTO: Getty.

MALANG tidak berbau.

Begitulah yang dapat digambarkan mengenai nasib seorang pekerja zoo apabila dia parah diserang seekor harimau jantan, baru-baru ini.

Menerusi kejadian yang berlaku di Zoo Topeka, Kansas, Amerika Syarikat (AS), serangan ke atas kakitangan wanita itu turut disaksikan oleh beberapa pengunjung.

Susulan itu, zoo berkenaan ditutup selama 45 minit.

Malah, kesemua harimau di zoo berkenaan turut diasingkan dalam sel khas, pada hari kejadian.

Pihak zoo bagaimanapun enggan mendedahkan identiti pekerjanya yang cedera dalam kejadian itu.

Menerusi perkembangan terbaharu, penjaga zoo wanita itu dilaporkan sudah sedar dan kini sedang menjalani rawatan di sebuah hospital tempatan. - Daily Star.

Artikel Lain