suria

Gara-gara jadi pemain simpanan, bapa saman kelab bola sepak 'dera emosi' anak

Bapa saman kelab bola sepak gara-gara letak anaknya sebagai pemain simpanan. Foto: Getty Image

SEBUAH kelab bola sepak amatur disaman 3 ribu paun (RM16, 151) oleh ibu bapa seorang kanak-kanak.

Kelab Winnersh Rangers disaman oleh ibu bapa seorang pemain berusia 10 tahun yang mendakwa kelab itu telah 'mendera emosi' anaknya.

Kes dibawa ke mahkamah di Reading dan kelab itu berjaya disaman.

Pengarah kelab tersebut berkata, pihaknya langsung tidak tahu mengenai kes tersebut sehingga menerima surat mengatakan mereka disaman.

Kanak-kanak terbabit diletak sebagai pemain simpanan ketika aksi pra musim perlawanan tahun 2018 untuk pasukan remaja, Aztec.

Bapa kepada pemain itu mendakwa, kelab sengaja berbuat demikian terhadap anaknya. Dia juga telah membuat laporan kepada bahagian perlindungan kanak-kanak serta membawa perkara itu ke mahkamah.

Manakala Setiausaha Kelab, Phil Chick berkata, pihaknya sangat kecewa kerana kehilangan pemain dan terpaksa menghadapi dua siasatan termasuk Berkshire FA.

"Perkara paling penting bagi kami adalah kanak-kanak. Kami mahu mereka gembira bermain bola sepak.

"Jika terdapat pemain bagus, ia bonus buat kami."Pemain simpanan adalah sebahagian daripada perlawanan dan pengurus mahu semua pemain mendapat peluang yang sama rata ketika bermain," ujarnya yang merupakan pengurus pasukan Bawah 10 Tahun.

Chick juga tidak percaya kelab tersebut telah disaman dan akan membuat rayuan. - metro.co.uk

Dera emosi, pemain simpanan

Artikel Lain