suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Pemuda kumpul 55,000 gambar rumah paling hodoh di Belgium

Antara foto rumah yang menjadi koleksi lelaki itu.

SEORANG lelaki dari Belgium menghabiskan lapan tahun untuk mengumpul foto-foto rumah yang pelik dan hodoh di negaranya.

Dia turut memuat naik sebahagian daripada koleksi itu ke laman Instagram miliknya, Ugly Belgian House.

Ia sehingga kini mempunyai lebih 55,000 pengikut.

Hannes Coudeneys turut menghasilkan buku yang berjudul Ugly Belgian Houses: Don't Try This At Home.

Ujar jejaka itu, tidak semua orang suka dengan kerjanya.

"Saya boleh kata 90 peratus orang di Belgium marahkan saya.

"Saya dapat banyak email daripada peguam," katanya.

Tambahnya lagi, undang-undang perumahan di negara itu agak terbuka sekaligus memberi ruang kepada penghasilan kediaman-kediaman dalam bentuk dan rupa yang tidak masuk akal.

Ia sekaligus memberi kelebihan buat dirinya untuk mengumpul banyak foto berkaitan. - Daily Mail.

Hannes Coudeneys, rumah hodoh

Artikel Lain