suria

Lebih muda, segak, tampan... Colonel Sanders KFC ber‘wajah baharu’

Wajah baharu 'Colonel Sandeers' sebagai personaliti maya KFC. Foto Instagram KFC

PASTI ramai yang menyedari wajah lelaki berusia setengah abad, berjambang dan berkaca mata pada bungkusan makanan KFC.

Rangkaian makanan segera itu memberi wajah baharu dan anda pastinya terkejut dengan pembaharuan tersebut.

Restoran ayam goreng itu menampilkan pengasas dan maskot mereka, Colonel Harland Sanders kepada seorang personaliti maya menerusi laman sosial Instagram.

Pengasas KFC yang sebenar, Colonel Harland Sanders. Foto WireImage

Daripada seorang lelaki tua, Colonel diubah menjadi lebih muda, segak dan tampan.

Terdapat ukiran tatu pada perutnya dengan tulisan Secret Recipe For Success (Resipi Rahsia Untuk Kejayaan).

Syarikat mengubah akaum Instagram mereka beberapa hari lalu, dengan meletakkan gambar profil baharu dan beberapa keterangan gambar yang lain daripada lain.

KFC memperkenalkan 'Coloner Sanders' yang lebih muda. Foto Instagram KFC

Biodata pada akaun itu memaklumkan kepada lebih 1.3 juta pengikutnya bahawa Colonel kini adalah 'influencer' secara maya yang mengejar impian dan menjual ayam.

KFC kemudian mula memuat naik gambar-gambar maskot baharu tersebut meskipun dia bukan orang yang sebenarnya, sebaliknya imej daripada komputer.

Satu kapsyen mendedahkan mengenai Colonel: "Saya mungkin seorang mogul restoran dan inspirasi antarabangsa, tetapi saya hanya seorang kanak-kanak yang suka berada di dapur." - Mirror UK

Colonel Sanders, KFC

Artikel Lain