suria

Gadis dibakar akibat tolak pinangan, jualan minyak petrol dalam botol diharamkan di Kerala

Penjualan minyak petrol dalam botol kini diharamkan di Kerala.

AKIBAT menolak pinangan, seorang gadis maut setelah ditikam dan dibakar.

Menerusi kejadian di Chiyyaram, Thrissur, India, mangsa yang dikenali sebagai Neethu, 22, ditikam beberapa kali sebelum disimbah dengan petrol.

Suspek, lelaki berusia 32 tahun ditahan oleh orang awam sewaktu cuba melarikan diri.

Menurut laporan, Neethu kehilangan ibu bapanya sejak kecil dan dia tinggal bersama datuk dan neneknya.

Dia dikatakan bercinta dengan suspek, namun menolak pinangan lelaki itu untuk berkahwin.

Pada bulan lalu, satu kes serupa turut berlaku di Thiruvalla.

Mangsa, Kavitha Vijayakumar melecur 65 peratus akibat dibakar oleh seorang lelaki.

Suspek mengakui bercinta denga Kavitha, namun keluarga mangsa berkata mereka tidak tahu mengenai perhubungan itu.

Susulan insiden itu, penjualan minyak petrol dalam botol mula diharamkan di Kerala. - India Times.

pinangan, tikam, bakar

Artikel Lain