Lelaki baling kucing jadi ‘senjata’ untuk halau moose berkeliaran masuk kawasan kediaman - Dunia | mStar

Lelaki baling kucing jadi ‘senjata’ untuk halau moose berkeliaran masuk kawasan kediaman

Kelihatan kucing dicampak ke arah rusa moose berkenaan. - Foto Daily Star UK

SEORANG penduduk di bandar Oktyabrsky, Rusia membaling seekor kucing ke arah seekor rusa moose yang berkeliaran berhampirannya disebabkan rasa takut.

Video berdurasi 30 saat itu menunjukkan lelaki tersebut kelihatan takut dan terkejut selepas melihat haiwan bersaiz besar itu muncul di kawasan kediamannya.

Menerusi video berkenaan, rusa moose kelihatan berlegar-legar berhampiran sebuah blok kediaman pada Isnin.

Pada mulanya, penduduk di kawasan itu berkumpul setelah melihat haiwan tersebut berkeliaran sebelum lelaki berkenaan keluar dari bangunan itu.

Dalam beberapa saat, lelaki itu dengan spontan terus mencampakkan kucingnya ke arah rusa berkenaan sambil diperhatikan orang ramai.

Namun, tindakan lelaki tersebut mengundang marah pengguna media sosial kerana ia dianggap sebagai satu bentuk kekejaman ke atas haiwan selepas melihat itu video tular di internet.

Sementara itu, pengguna media sosial lain beranggapan 'haiwan yang sebenar adalah individu tersebut'.

Kemudian, terdapat gambar lain yang tersebar menunjukkan rusa moose tersebut dalam keadaan tidak sedarkan diri dan diikat selepas kelihatan jelas haiwan itu diberikan pil tidur.

Haiwan tersebut dihantar semula ke hutan yang berdekatan dalam keadaan baik, lapor media tempatan.- Daily Star UK

kucing , rusa moose , Rusia

Artikel Berkaitan

Artikel Lain

Derita si janda muda