Pekerja binaan mabuk sokong pengganas tembak orang Islam di Christchurch - Dunia | mStar

Pekerja binaan mabuk sokong pengganas tembak orang Islam di Christchurch

Tangkapan skrin daripada rakaman video seorang pekerja binaan yang menghina umat Islam ketika menaiki kereta api di London. - Mirror UK

SEORANG pekerja pembinaan yang bersikap perkauman dirakam meluahkan kebenciannya terhadap orang Islam ketika menaiki kereta api di London, United Kingdom.

Lelaki itu berbuat demikian hanya beberapa hari selepas serangan pengganas dilancarkan di dua masjid di New Zealand yang mengorbankan 50 nyawa.

Rakaman lelaki itu melepaskan kata-kata penuh kebencian berkaitan serangan tersebut telah tersebar sewaktu keluarga mangsa pembunuhan beramai-ramai mula mengebumikan mayat mereka yang terkorban.

Penumpang lain terpaksa mendengar rungutan lelaki terbabit terhadap umat Islam beberapa hari selepas seorang lelaki kulit menembak mati orang awam yang sedang menunaikan solat Jumat di Christchurch.

Pekerja yang berpakaian jaket pembinaan itu berkata: "Saya tidak boleh menaiki keretapi untuk ke tempat kerja tanpa berasa bimbang yang seorang Muslim akan mengebom saya".

Rakaman itu difahamkan diambil sekitar pukul 6 petang Selasa di dalam kereta api Overground berhampiran West Croydon yang menuju ke London.

Jika dia berpeluang membunuh orang Islam dan melepaskan diri, dia akan lakukannya.

SAKSI

Dalam rakaman itu, lelaki tersebut kelihatan mabuk.

"Mereka fikir mereka siapa? Bunuh sahaja mereka. 49 orang Muslim telah dibunuh pada hari itu dan saya rasa 'tolonglah kawan (Brenton Tarrant), kamu perlu lakukannya'," kata pekerja kontraktor itu.

Dalam rakaman tersebut, dia juga dilihat membuat isyarat yang menyinggung perasaan dan bercakap besar tentang keturunannya sebagai seorang British dan keluarganya yang berlatar belakang tentera.

"Saya tidak boleh tahan dengan orang Islam.

"Saya panggil mereka raghead (orang yang memakai serban). Saya seorang yang bersifat perkauman," katanya.

Tarrant.

Namun, seorang penumpang berkata kepada Mail Online, orang seperti itu berupaya membunuh orang Islam.

"Anda tidak boleh berjalan di sekitar London dan berkata-kata seperti itu.

"Daripada apa yang dia katakan di dalam tren, saya rasa dia adalah jenis orang yang berupaya membunuh orang Islam.

"Bila seseorang itu mabuk, anda dapat lihat sikap sebenarnya.

"Jika dia berpeluang membunuh orang Islam dan melepaskan diri, dia akan lakukannya."

Saksi yang berada di dalam kereta api itu enggan masuk campur kerana tidak mahu bertengkar dengannya. - Mirror UK

perkauman , kereta api , London

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Berkaitan

Artikel Lain