Pemandu jadikan 51 pelajar sebagai tebusan sebelum bakar bas - Dunia | mStar

Pemandu jadikan 51 pelajar sebagai tebusan sebelum bakar bas

Foto Daniele Bennati/EPA/NY Times, via Shutterstock

SEORANG pemandu bas sekolah Itali menjadikan 51 pelajar sebagai tebusan pada Rabu dan menuangkan petrol ke atas lantai bas untuk membakarnya.

Selepas seseorang dari dalam bas membuat panggilan kecemasan, pasukan polis segera tiba untuk menyelamatkan semua kanak-kanak, dua guru dan seorang penjaga bangunan ketika bas sudah mula terbakar.

Menurut Pegawai Waran Marco Palmieri, pemandu berkenaan, Osseynou Sy yang merupakan seorang lelaki Itali yang berasal dari Senegal berkata "dia mahu menjustifikasikan kematian mereka di Mediterranean.

Sy merujuk kepada sejumlah besar pendatang yang kehilangan nyawa pada setiap tahun semasa ketika merentasi laut Mediterranean dari Afrika Utara ke Eropah.

Pertubuhan Migrasi Antarabangsa menganggarkan bahawa 282 nyawa telah lemas dengan cara itu pada tahun ini. - NY Times

bakar bas , culik

Artikel Berkaitan

Artikel Lain