Peranti ‘payudara’ mudahkan kaum bapa menyusukan bayi - Dunia | mStar

Peranti ‘payudara’ mudahkan kaum bapa menyusukan bayi

GOLONGAN bapa mungkin dapat melakukan semua perkara seperti kaum ibu, kecuali melahirkan anak dan memberi susu badan kepada bayi.

Bagaimanapun, terdapat peranti baharu yang dibangunkan oleh sebuah syarikat Jepun, Dentsu bagi menyelesaikan masalah untuk kaum bapa memberikan susu badan pada masa akan datang.

Menerusi pengenalan di festival SXSW di Austin, Texas di Amerika Syarikat, alat tersebut kelihatan pelik tetapi objektifnya bagi membolehkan kaum bapa membantu mengurangkan bebanan ibu.

Data menunjukkan bahawa tekanan dan kesukaran ibu bapa dalam menjaga bayi mereka dikaitkan dengan pemberian susu badan dan tidur, menjadikan lebih tanggungjawab bapa dilihat lebih rendah.

Bagi membuatkan kaum bapa mengurangkan bebanan ibu, Dentsu menghasilkan tangki susu yang boleh dipakai dengan bentuknya seperti payu dara wanita, membolehkan lelaki memberikan susu kepada anak mereka.

"Penyusuan ibu juga menjadi efektif bagi membantu mereka untuk mempunyai masa tidur yang lebih cukup - yang selama ini menjadi kekangan buat kaum ibu," menurut Dentsu dalam satu kenyataan media.

"Menumpukan penyusuan ibu, kita bermatlamat untuk mengurangkan bebanan kaum ibu dan meningkatkan masa tidur bayi dengan membolehkan bapa untuk memberikan susu kepada anak mereka," menurut kenyataan itu.

Peranti yang dinamakan Father's Nursing Assistant (Pembantu Penyusuan Bapa) direka menyamai payu dara wanita, dengan salah satunya menempatkan tangki susu isu atau susu formula, dan satu lagi bahagian dilengkapi dengan puting.

Peranti tersebut mempunyai haba untuk dirasai seperti badan ibu dan membolehkan bayi tidur nyenyak di pangkuan bapa. - odditycentral

susu badan , susu ibu , susu formula , payudara

Artikel Berkaitan

Artikel Lain