suria

Pengganas serangan masjid NZ pernah masuk Israel selama sembilan hari

SUSPEK utama serangan tembakan rambang di dua masjid di Christchurch New Zealand pernah melawat Israel pada lewat 2016, kata pegawai kerajaannya pada Ahad.

Pihak Penguasa Populasi dan Imigresen Israel memberitahu Reuters, pemuda Australia, Brenton Tarrant memasuki Israel pada Oktober 2016 menggunakan visa pelancong tiga bulan dan berada di sana selama sembilan hari.

ARTIKEL BERKAITAN: Tarrant keluar rumah sewa sembilan hari sebelum lancarkan serangan

Tarrant merupakan suspek serangan bersenjata yang mengorbankan 50 nyawa dalam insiden paling berdarah dalam sejarah New Zealand.

Bagaimanapun, pegawai tersebut tidak mempunyai maklumat lanjut berkenaan apa yang dilakukan oleh Tarrant ketika berkunjung ke Israel.

Selain Israel, Tarrant juga berkunjung ke Serbia, Montenegro, Bosnia dan Herzegovina serta Croatia untuk melawat tapak sejarah perang sebelum meneruskan perjalanan ke Eropah Barat pada 2017.

Dia kembali ke negara-negara Balkan pada November 2018 untuk melawat tempat bersejarah di Bulgaria, Romania dan Hungary. - Middle East Monitor

Brenton Tarrant

Artikel Lain