Peguam bertugas sahkan tidak lagi mewakili pengganas serangan masjid NZ - Dunia | mStar

Peguam bertugas sahkan tidak lagi mewakili pengganas serangan masjid NZ

PEGUAM bertugas mewakili Brenton Tarrant pada penampilan pertamanya di mahkamah pada Sabtu mengesahkan beliau tidak lagi berkaitan dengan lelaki itu.

Pemuda berusia 28 tahun itu muncul di Mahkamah Daerah Christchurch pada Sabtu pagi dan dikawal rapat oleh pihak polis.

Tertuduh diwakili oleh peguam Richard Peters.

Peters memberitahu RNZ, Tarrant memaklumkan dia ingin mewakili dirinya sendiri.

Pengganas tersebut tidak melengkapkan permohonan bantuan guaman, tetapi dia menasihatkan tertuduh bahawa mahkamah mungkin akan melantik seorang amicus curiae (seorang peguam yang membantu mahkamah).

Peters berkata, penglibatannya adalah terhad kerana tampil sebagai peguam bertugas.

Kata beliau, selagi tertuduh tidak mengubah fikirannya dan memohon bantuan guaman, Tarrant tidak akan mempunyai peguam. - Radio NZ

Artikel Sebelum

Artikel Berkaitan

Artikel Lain