suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Bayi 5 bulan terperangkap lima jam dalam runtuhan rumah akibat banjir di Papua

PANTANG maut sebelum ajal. Demikian nasib seorang bayi lima bulan apabila terselamat selepas terperangkap dalam runtuhan rumahnya.

Insiden di kawasan Jayapura berlaku akibat bencana banjir yang melanda Papua pada Sabtu lalu.

Jurucakap pasukan penyelamat, Muhammad Aidi berkata, bayi lelaki itu ditemui dalam runtuhan selepas terperangkap kira-kira lima jam.

"Ketika ditemui, dia ditindih kayu dan sebaik diselamatkan kami terus bawanya ke rumah sakit," kata Aidi kepada wartawan BBS News Indonesia, Mohamad Susilo.

Bencana yang melanda Papua itu mengakibatkan lebih 70 orang meninggal dunia, manakala ribuan warganya terpaksa dipindahkan ke lokasi selamat.

Sebaik bayi itu ditemukan, ayahnya dikatakan datang dalam keadaan panik dan stres.

"Bayi itu telah dibawa balik oleh keluarganya pada Ahad selepas pemeriksaan mendapati dia dalam keadaan baik," katanya.-bbc.com

Papua, banjir, bayi

Artikel Lain