suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Lintah gergasi ‘buat rumah’ dalam kerongkong warga emas

Prosedur mengeluarkan lintah dari kerongkong pesakit. - AsiaWire

LINTAH gergasi yang masih berdenyut dikeluarkan dari kerongkong seorang pesara selepas dia mengadu mengalami batuk selama lebih dua bulan.

Rakaman mengejutkan tentang prosedur membuang lintah bersaiz sepanjang 10cm itu ditarik dari kerongkong pesakit terbabit.

Pesakit yang bernama Li itu cuba menyembuhkan tekaknya yang mengalami kegatalan dan batuk berdarah selama dua bulan tetapi salah diagnosis beberapa kali.

Misteri kesakitan yang dialami lelaki berusia 60 tahun itu akhirnya diselesaikan apabila dia berjumpa pakar di Hospital Perubatan Tradisional Cina Xingwen di bandar Yibin, China.

Lintah yang berjaya dikeluarkan. - AsiaWire

Doktor Zhang Dadong melakukan endoskopi ke atas Li dan segera menemui lintah besar yang melekat di dinding salur udaranya.

Lintah itu sukar dikeluarkan, makan doktor tersebut terpaksa meminta pertolongan daripada rakan-rakannya yang berjaya menenangkan lintah itu menggunakan sedatif aerosol.

Dr Zhang kemudiannya dapat menarik lintah menggunakan sepasang forseps. - Mirror UK

lintah

Artikel Lain