suria

Anda tidak perlu lagi rasa bersalah! Kajian membuktikan piza lebih sihat daripada bijirin untuk sarapan pagi

Gambar hiasan

SEBUAH kajian mendapati piza adalah sarapan yang lebih sihat berbanding bijirin.

Seorang pakar pemakanan yang berpangkalan di New York, Amerika Syarikat memberitahu Chicago Tribune bahawa sepotong piza mengandungi lebih banyak protein dan kurang gula berbanding kebanyakan bijirin.

"Anda mungkin terkejut mengetahui bahawa secara puratanya sepotong piza dan semangkuk bijirin dengan susu mengandungi hampir jumlah kalori yang sama.

"Bagaimanapun, piza mengandungi protein yang jauh lebih tinggi dan akan membuatkan anda kenyang serta meningkatkan daya kekenyangan seseorang pada sepanjang pagi," kata Amer.

Semangkuk bijirin biasa mengandungi 18 gram gula dan lemak sihat.

Kini, anda tidak perlu lagi rasa bersalah jika makan piza sebagai sarapan. - Sacramento

piza, bijirin

Artikel Lain