suria

Pengotor! Rumah dipenuhi 400 beg plastik najis, 250 botol air kencing

SEPASANG suami isteri menemukan 400 beg plastik mengandungi najis serta lebih dari 250 botol air yang mengandungi air kencing di sebuah rumah.

Leanne dan Kenny Elliott mendedahkan beberapa gambar yang menunjukkan situasi rumah tersebut dipenuhi dengan bahan najis.

Pembersihan dilakukan selama lima jam oleh Leanne dan Kenny, memandangkan setiap penjuru rumah itu dipenuhi dengan kotoran najis dan 4 tan sampah.

Sebahagian sampah yang dikumpul.

"Kami perlu kosongkan flat yang dipenuhi dengan sampah dan najis,'' katanya.

Mereka juga menjumpai ratusan jarum dan puntung rokok yang digunakan oleh penghuni rumah itu.

Ratusan jarum dijumpai dan mereka terus lapor pada pihak polis selepas itu.


Polis memberitahu ratusan jarum dijumpai itu adalah jumlah yang sangat besar yang pernah mereka temui.

Tambahan pula, pasangan ini mempunyai dua bisnes iaitu Certitude Cleaning Services Ltd dan Traumatic Clean Up, yang melibatkan pembersihan tempat kejadian jenayah.

Ini kali pertama pasangan tersebut merasai pengalaman yang sukar dalam kerja-kerja pembersihan sepanjang hidup mereka. -metro.co.uk

Pengotor

Artikel Lain