suria

Ibu terkejut jumpa cara toreh tangan, bunuh diri dalam Youtube Kids

SEORANG ibu dan ahli pediatrik di Florida memberi amaran kepada ibu bapa untuk memantau aktiviti internet anak-anak mereka selepas menemui klip yang menggalakkan kanak-kanak untuk membahayakan diri mereka dimasukkan ke dalam permainan video di YouTube dan YouTube Kids.

Dr Free Hess, dari Gainesville, Florida, mendapati arahan bunuh diri selama sembilan saat terselit di antara klip permainan Splintoon Nintendo minggu lalu dan berkongsi tentangnya dalam talian untuk memberi amaran kepada ibu bapa.

Dalam video itu seorang lelaki bercakap sambil menunjukkan gerakan pemotongan di lengannya.

”Tamatkannya.”

Lelaki itu, yang dikenal pasti oleh CBS News sebagai YouTuber Filthy Frank, mempunyai lebih dari 6.2 juta pengikut.

Tidak ada bukti bahawa Frank, yang menurut laporan nama sebenarnya adalah George Miller, memasukkan arahan bunuh diri ke dalam video itu.

Hess berkata klip itu dijumpai dalam sekurang-kurangnya dua video yang dimuat naik ke YouTube dan YouTube Kids sejak Julai.

“Melihat komen-komennya, ia sudah lama dan orang ramai telah melaporkannya lapan bulan sebelumnya," katanya kepada CBS News.

Pentadbir YouTube mengeluarkan video itu kerana melanggar garis panduan komuniti mereka sejurus selepas Hess menunjukkannya kepada mereka minggu lalu.

Dalam satu kenyataan kepada rangkaian itu, seorang jurucakap YouTube menjelaskan bahawa syarikat itu bergantung kepada pengguna yang memaklumkan dan teknologi pengesanan pintar" untuk mencari kandungan yang tidak sesuai.

”Sepanjang setiap suku tahun, kami menghapuskan berjuta-juta video dan saluran yang melanggar dasar kami dan kami mengeluarkan majoriti video-video ini sebelum ia ditonton," kata jurucakap itu.

”Kami sentiasa berusaha untuk memperbaiki sistem kami dan menghapuskan kandungan tidak sepatutnya dengan lebih cepat, itulah sebabnya kami melaporkan kemajuan dalam laporan setiap suku tahun dan memberi pengguna papan pemuka yang menunjukkan status video yang telah mereka tanda kepada kami.”

Hess terlibat dalam mencari kandungan terlarang dalam klip kanak-kanak di media sosial selepas dia menyaksikan peningkatan kadar bunuh diri kanak-kanak yang berlaku di dalam bilik kecemasannya dalam beberapa tahun kebelakangan ini. Sejak itu, dia telah melaporkan beberapa klip yang tidak sesuai kepada YouTube.

Pada Jumaat sahaja pediatrik itu mendapati tujuh lagi video yang tidak sepatutnya berada di Youtube Kids.

“Saya terpaksa berhenti, tak boleh boleh teruskannya. Apabila anda mula melihatnya, perkara-perkara akan menjadi lebih gelap dan aneh, saya tidak faham bagaimana ia tidak ditangkap.” -Newsweek

bunuh diri, cedera, bahaya, Youtube, pediatrik

Artikel Lain